|
|
| Saturday, 7-Oct-2006 05:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FARIHIN RAIYAN
|
|
Hello hello
Puan Faziana.... heres ur little hero!
Sayang hari mendung hari tu, we might get a nicer photos if it was a bright day.
Anyhoo, it took quite a while to break the ice with this little guy. I manage to capture most of his smile at the end of the session. Kalau ikut hati I dont want to stop just yet but the sky was gettin dark. Maybe some other time. so..... Enjoy viewing!
p.s: Fuzzy, pls choose 5 photos for 4R print and 1 for 8R print. Thx!
Luv,
Ayda
012 9467614
email: beconnected@beautconnection.com
ym: aydeology
http://www.beautconnection.com
http://beautconnection.fotopages.com
http://aydeology.fotopages.com
Want a portrait of your little tot too? Feel free to contact me for details. Nicey day then!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 3-Oct-2006 04:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Coming soon
|
|
FARIHIN RAIYAN... coming up soon. thx!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 23-Sep-2006 15:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HAZIQ IRFAN
|
|
20060923
Kuantan
Namaste,
Hari ini genap Adam Hamzah berumur 6 bulan. Hari ini juga bermula umat muslim memulakan tarawih bagi tahun ini. Hampir subuh nanti kita bersahur. (kami akan bersahur dengan sup tulang yang dimasak oleh mak! Huhuhu!). Esok hari pertama kita berpuasa bagi tahun ini. Woohoo!! Oopps… alhamdulillah… bertemu ramadhan semula….
Ini Haziq Irfan. Budak lelaki kecil yang sangat bijak. Menamakan jenis-jenis kenderaan dan jenis-jenis dinosaur dengan lancar! Pada usia yang baru 2, dia petah berbual dengan saya seperti usianya sudah mencecah 4… bijak….bijak….
Salam ramadhan kepada semua… kepada para ibu yang menyusukan anak, makan kurma semasa sahur untuk memberi tenaga, kepada sahabat yang hamil, makanlah vitamin tu untuk kebaikan diri sendiri. selamat la semuanya ye?
text msg yang saya terima malam ini untuk dikongsi bersama :-
Sentiasalah setting niat,
Upgrade Iman,
Download sabar,
Upload usaha,
Update doa &
Top up ilmu supaya dapatlah
Redeem pahala banyak-banyak!
Adios!
Ayda
012 9467614
beconnected@beautconnection.com
ym: aydeology
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 20-Sep-2006 13:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
GADIS KECIL EROPAH
|
|
____________
2006 09 20
Kuantan
Salam,
Sejak memulakan entry pertama Beutkids, saya berazam untuk selalu mengupdate fpage ini tetapi nampaknya saya perlu mengemaskini masa saya dengan lebih baik. (even my other two fp and our official website pon, I found it so hard to entertain.). Sejak hamil hingga Adam kini lebih 5 bulan, saya masih merasakan berat untuk menyusun masa saya dengan baik. (Mungkin ada antara ibu2 diluar sana yg boleh membantu…. Terima kasih).
Hanya sedikit berita ingin dikongsi bersama kalian. Hari minggu lepas saya dan sang suami ke Pulau Redang, Terengganu untuk satu tugasan fotografi. (It was our first English wedding coverage… Have a peek at http://beautconnection.fotopages.com .) Bilik penginapan kami mengadap ke lautan, langit biru yg indah dan pasir yang memutih. Cantik.
Namun, itulah kali pertama kami meninggalkan Adam semalaman. Sungguh sukar bagi kami mengenangkan kini dia sudah mula mengenal rupa dan mula pandai memilih siapa yang dia suka! Adam kami tinggalkan bersama keluarga saya di Kuantan. Walaupun saya tahu Adam di dalam keadaan yang baik dan dilimpahi dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi bersama mereka tetapi masih terasa sedihnya meninggalkan anak saya yang seorang itu. (Besides our excitement to cover the wedding and kind of consider it as our 2nd honeymoon though. Hehe… )
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Adam gembira menghabiskan hari minggunya bersama mereka. (Mereka lebih rajin membawa Adam berjalan-jalan berbanding ibu bapanya… huhuhu!) Kami hanya meninggalkan dia untuk semalam saja sebenarnya.
Berbalik kepada kisah di Redang, hanya seorang gadis kecil di kalangan tetamu dewasa. Ella namanya. Tidak salah saya dia ini anak saudara kepada pengantin lelaki. John namanya. Dia menjadi perhatian ramai di kalangan keluarga dan sahabat handai mereka. Sama seperti Adam yang selalu menjadi tarikan terutama di keluarga sebelah ayahnya kerana merupakan cucu pertama di dalam keluarga.
Berada dikalangan mat salleh ini mengingatkan zaman pelajar saya di perantauan dahulu. Saya selalu terfikir apakah yang membezakan kita yang berkulit sawo matang ini dengan mereka yang berkulit cerah itu. Saya malas menyentuh perbezaan budaya, agama dan tamadun antara dua jenis manusia ini. Itu saya rasa kalian semua sudah sedia maklum dan terlalu berulang kali dibincangkan dan jawapannya selalu menyalahkan kaum kita yang membuatkan saya bosan!
Satu penemuan saya yang sentiasa memberi keyakinan kepada diri saya untuk berdepan dengan mereka ialah, mereka ini juga manusia! Hahaha! Saya selalu mengandaikan bagaimana wajah seseorang itu jika warna kulitnya berbeza. Ada seorang rakan eropah saya ini, jika wajahnya berwarna gelap, memang saling tidak tumpah seperti rakan saya semasa di sekolah dahulu!. ‘Partner in crime’ saya di sana pula, perangai malasnya sama sahaja seperti saya malah adakalanya jauh lebih tinggi tahapnya berbanding saya! Jadi siapa kata hanya melayu yang malas. Huhuhu!!! Tidak perlu merendah diri semasa bersama mereka. Kita manusia ni sama saja. Percayalah!
Berbalik kepada gadis kecil minah salleh ini, dia sama sahaja seperti kanak-kanak kecil yang lain. Menangis apabila terusik, minta didukung oleh ibu bapanya, comel dan lincah. Sama seperti anak rakan saya yang seorang melayu.
Cukuplah cetusan permulaan saya setakat ini. Mungkin ini hanya cetusan yang pra-matang dan tidak terperinci. Maaf jika ada yang tersinggung. Saya sangat rindu menulis di dalam bahasa melayu. Kenapa kini saya rasakan terlalu sukar. Betulkan jika tersalah, cetuskan idea untuk dibaiki dan berikan perangsang supaya saya lebih maju.
Salam keibubapaan kepada para penjaga, salam kehamilan untuk bakal ibu yang cekal, dan salam kecantikan bagi penggemar fotografi.
Adios!
Ayda
012 9467614
beconnected@beautconnection.com
ym: aydeology
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-Sep-2006 14:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HELLO WORLD
|
|
Seharian melawat fp rakan2 ibu yg lain. Macam2 cerita macam2 ragam. Seronok. Saya tak de gamba adam bergolek, merangkak. hhmm.... think of getting myself a compact camera la mcm ni...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Sep-2006 01:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
GREETINGS
|
|
Salam perkenalan to all parents...
Syukur we are gifted with beautiful child and love.Beautkids celebrating every stage of your life with natural, elegant photography that reflects and fits your style, your family and the way you live.
Happy viewing and hope to hear from you.
Nicey day!
Luv,
Ayda
beconnected@beautconnection.com
012 9467614
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Sep-2006 16:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ATHIRAH AJDA
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Sep-2006 15:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
UMAIRAH II
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Sep-2006 14:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
UMAIRAH I
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Sep-2006 13:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ADAM HAMZAH
|
|
|
|
|
|